Permohonan VISA

SYARAT – SYARAT DAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PEMPROSESAN VISA UMRAH 2014/2015

  1. Passport antarabangsa yang sah tempoh lakunya tidak kurang dari 6 bulan dari tarikh penerbangan berserta 6 muka surat kosong.
  2. 4 keping gambar berwarna berukuran 6 cm x 4 cm berlatar belakangkan warna putih. Bagi wanita wajib memakai tudung kepala (hitam atau gelap) manakala lelaki tidak digalakkan memakai songkok atau yang menutupkan kepala.
  3. Kad suntikan ACYW135 @ Surat pengesahan daripada doktor kerajaan atau swasta.

BAGI JEMAAH WANITA BAWAH 45 TAHUN / LELAKI BAWAH 18 TAHUN:

A) PERGI BERSAMA MAHRAM

  1. Salinan sijil nikah bagi wanita yang sudah berkahwin.(COP JABATAN AGAMA NEGERI & WISMA PUTRA)
  2. Bermahramkan bapa
    • Salinan Sijil lahir (COP JPN & WISMA PUTRA)
  3. Bagi wanita yang bermahramkan adik – beradik lelaki kandung;-
    • Salinan kad pengenalan adik-beradik lelaki tersebut dan salinan sijil lahir kedua-duanya (COP JPN & WISMA PUTRA)
    • LETTER OF CONSENT dari bapa kandung/adik beradik kandung/suami/bapa saudara sebelah bapa.(COP PESURUHJAYA SUMPAH “MUSLIM” & WISMA PUTRA)
    • Kebenaran abang @ adik lelaki (18 tahun ke atas)
    • Salinan Sijil Lahir adik beradik kandung (COP JPN & WISMA PUTRA) serta kad pengenalan ibu ATAU
    • Kebenaran suami Salinan Sijil Nikah (COP JABATAN AGAMA NEGERI & WISMA PUTRA) serta kad pengenalan suami
    • Jika bapa kandung meninggal dunia, surat mati perlu disediakan.(COP JPN & WISMA PUTRA)
  4. Bagi wanita yang bermahramkan anak lelaki – Salinan sijil lahir anak lelaki tersebut. (COP JPN & WISMA PUTRA)

B) MAHRAM BERSAMA BAPA TIRI (YANG BELUM KAHWIN)

  1. LETTER OF CONSENT dari bapa kandung/adik beradik lelaki kandung(COP PESURUHJAYA SUMPAH “MUSLIM” & WISMA PUTRA)
  2. Salinan kad pengenalan bapa kandung/adik beradik kandung(COP JPN & WISMA PUTRA)
  3. Salinan Sijil lahir anak tiri(COP JPN & WISMA PUTRA)
  4. Salinan surat hak jagaan anak dari mahkamah syariah (COP WISMA PUTRA)
  5. Jika bapa kandung tiada/meninggal dunia, SALINAN SIJIL MATI (COP JPN & WISMA PUTRA)

C) MAHRAM BERSAMA BAPA TIRI (YANG SUDAH BERKAHWIN)

  1. LETTER OF CONSENT dari suami (COP PESURUHJAYA SUMPAH “MUSLIM” & WISMA PUTRA)
  2. Salinan sijil nikah(COP JABATAN AGAMA & WISMA PUTRA)
  3. Salinan kad pengenalan suami
  4. Salinan Sijil lahir anak tiri(COP JPN & WISMA PUTRA)
  5. Surat hak jagaan dari mahkamah syariah (COP WISMA PUTRA)
  6. Jika suami tiada/meninggal dunia, SALINAN SIJIL MATI (COP JPN & WISMA PUTRA)

D) MAHRAM BERSAMA BAPA SAUDARA(SEBELAH BAPA)

  1. LETTER OF CONSENT dari bapa kandung/adik beradik lelaki kandung (COP PESURUHJAYA SUMPAH “MUSLIM”& WISMA PUTRA)
  2. Salinan sijil lahir anak,bapa kandung dan bapa saudara/adik beradik lelaki kandung (COP JPN & WISMA PUTRA)
  3. Salinan kad pengenalan bapa kandung/adik beradik lelaki kandung (COP JPN & WISMA PUTRA)
  4. Jika bapa kandung tiada/meninggal dunia, SALINAN SIJIL MATI (COP JPN & WISMA PUTRA)
  5. Jika mahram bersama bapa saudara sebelah ibu, ibunya perlu pergi bersama bermahramkan adik beradik.

E) MAHRAM BERSAMA BAPA ANGKAT

Ber’bin’ dengan nama bapa angkat

  1. Salinan Surat pengambilan anak angkat( COP WISMA PUTRA)
  2. Salinan Sijil lahir anak angkat (COP JPN & WISMA PUTRA)

Ber’bin’ dengan nama lain

  1. Salinan Surat pengambilan anak angkat(COP WISMA PUTRA)
  2. Salinan Sijil lahir anak angkat (COP JPN & WISMA PUTRA)
  3. Salinan surat perintah mahkamah(COP WISMA PUTRA)

F) MAHRAM BERSAMA DATUK SEBELAH BAPA

  1. Salinan sijil lahir cucu(COP JPN & WISMA PUTRA)
  2. Salinan sijil lahir bapa kandung(COP JPN & WISMA PUTRA)
  3. LETTER OF CONSENT dari bapa kandung/adik beradik lelaki kandung(COP PESURUHJAYA SUMPAH “MUSLIM” & WISMA PUTRA)
  4. Jika bapa kandung tiada/meninggal dunia, SALINAN SIJIL MATI (COP JPN & WISMA PUTRA)
  5. Jika datuk sebelah ibu, ibunya perlu pergi bersama bermahramkan adik beradik

G) BAGI MUALLAF YANG PERGI BERSAMA SUAMI/ADIK BERADIK LELAKI KANDUNG

  1. Salinan kad/surat memeluk agama islam
  2. Salinan sijil nikah/salinan sijil lahir kedua-duanya.

H) BAGI WARGANEGARA ASING

  1. Pemastautin Tetap (Permenent Residence)- kad pengenalan asal dan salinan kad pengenalan.
  2. Visa pekerja/Employment Pass-surat pengesahan majikan yang telah disahkan oleh Notary Public & Wisma Putra (Kementerian Luar Malaysia)
  3. Visa Pelajar/Student Visa- surat pengesahan dari kolej/universiti/sekolah yang disahkan oleh Wisma Putra (Kementerian Luar Malaysia)
  4. Visa Keluarga/sosial Visa-salinan sijil nikah /sijil lahir yang disahkan oleh Wisma Putra (Kementerian Luar Malaysia)
  5. Bagi pembantu rumah(Maid) majikan perlu ikut serta.Visa perlu sahlaku 6 bulan ke atas.
NOTA

  1. Deposit RM 300 setiap seorang dan BAKI PEMBAYARAN perlu diserahkan SEBULAN SEBELUM TARIKH PENERBANGAN.
  2. SEMUA DOKUMEN PERLU DISERAH DALAM MASA 30 HARI DARI TARIKH PENERBANGAN.
  3. SEKIRANYA JEMAAH GAGAL BERBUAT DEMIKIAN PIHAK HADID TRAVEL TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DALAM KELEWATAN PEMPROSESAN VISA.
MAKLUMAN

  • Passport sementara (berwarna coklat)- hanya boleh daftar pakej untuk direct sahaja (SV,MH&AK)
  • Tidak sah untuk pakej umrah transit dan ziarah(Istanbul, Mesir, Oman, Jordan, Baitulmaqdis, London , Paris, Spain, Morocco & Abu Dhabi)